Portal & Aplikasi | Hubungi Kami | Rakan Pintar
   
Laman Utama 
 
Portal Bizcom | Latar Belakang | Rangkaian BBSC | Rasional & Wawasan | Faedah Keahlian | Galeri Bizcom
Login
ID Pengguna :
Kata Laluan :
 
 Daftar Ahli
 Lupa Kata Laluan?
Muat Turun
Borang Penyewaan BizBox
Borang Permohonan Sewa Premis MARA
Skim Pembiayaan Usahawan
Borang Permohonan Label Tulen
Borang Maklumat Dan Prestasi Syarikat Jualan Langsung Bagi Tahun 2007

Lihat Semua

Automotif : Hanya 2% pengusaha bumiputera

Walaupun industri hiliran automotif di Johor dianggarkan bernilai RM3 bilion setahun, penglibatan pengusaha bumiputera dalam sektor itu adalah amat kecil, demikian menurut kajian Persatuan Pengusaha Automotif Bumiputera Negeri Johor (Protif).

  ‘‘Industri automotif amat berdaya maju dan berpotensi untuk mewujudkan usahawan-usahawan bumiputera.

‘‘Kami berharap kerajaan dan agensinya dapat melakukan sesuatu untuk meningkatkan pegangan pasaran pengusaha automotif bumiputera dalam industri tersebut di Johor,’’ katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini.

 

Kajian yang dijalankan oleh Protif pada tahun lepas itu, katanya, menunjukkan potensi dan peluang yang amat besar kepada pengusaha sedia ada dan bakal pengusaha bumiputera di Johor untuk melibatkan diri dalam industri automotif.

 Menurut Mustakim, berdasarkan kepada kajian Protif pada tahun lepas mengenai perbelanjaan kereta setahun di Johor, pengguna kenderaan di negeri ini membelanjakan kira-kira RM3.1 bilion untuk empat perkara.Walaupun industri automotif di Johor telah bermula sejak tahun 1960-an dan negeri ini diakui sebagai tapak permulaan industri automotif negara, ia dikuasai oleh usahawan bukan bumiputera dan pelabur asing, katanya.Melalui kajian itu, katanya, persatuan mendapati usahawan automotif bumiputera di Johor ketinggalan agak jauh berbanding rakan-rakan bukan bumiputera mereka terutamanya di dalam soal penjualan.

Mustakim berkata, Protif mendapati usahawan bumiputera hanya mampu mencapai penjualan sekitar RM15,000 sebulan berbanding rakan bukan bumiputera yang mana penjualan sebulan mereka mencapai antara RM100,000 hingga RM200,000 sebulan.

 ‘‘Mereka perlu meningkatkan penjualan bagi memastikan perniagaan usahawan automotif bumiputera bukan sahaja stabil untuk jangka masa pendek dan sederhana tetapi juga berkembang pada jangka masa panjang,’’ katanya.Untuk menggalakkan usahawan bumiputera menceburi bidang ini, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terutamanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) boleh membantu dengan mewujudkan program-program keusahawanan automotif, katanya.Salah satu program yang berjaya mengasah bakat usahawan Bumiputera di dalam industri automotif adalah menerusi program yang dinamakan Putek atau Program Usahawan Teknologi kelolaan Mara, kata Mustakim.Di bawah program tersebut, setiap usahawan yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan antara RM30,000 hingga RM250,000 serta modal pusingan bagi membantu mereka memulakan perniagaan

 

Pautan
Yayasan TEKUN Nasional
SME Bank
Majlis Amanah Rakyat

Lihat Semua

Kalendar
  September 2010  
AhIsSeRaKhJuSa
 01020304
05060708091011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
 
Copyright© 2010 Bizcom Interactive Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.
Terma & Syarat | Dasar Privasi