|
|
| Geran RM39.69 juta untuk PKS dilulus | | KERAJAAN setakat akhir bulan lalu meluluskan 1,817 permohonan bagi geran berjumlah RM39.69 juta di bawah Geran Permulaan Perniagaan yang dikhususkan untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan PKS, kementeriannya menerusi Smidec telah meningkatkan jumlah maksimum geran berkenaan kepada RM100,000 daripada hanya RM40,000 untuk setiap permohonan, berkuat kuasa awal bulan ini.
Selain Geran Permulaan Perniagaan itu, beliau berkata, Smidec juga menyediakan geran latihan meliputi 80 peratus daripada yuran kursus bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja PKS di bawah Skim Peningkatan Kemahiran. “Setakat 31 Mei lalu, 23,579 pekerja syarikat PKS menjalani latihan di bawah program ini membabitkan peruntukan RM22.72 juta,” katanya selepas Majlis Graduasi Pusat teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) ke-12 di Kuala Lumpur, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
| |
 |
September 2010  |
|
| | 01 | 02 | 03 | 04 | | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | |
|
|
|
|
|