Portal & Aplikasi | Hubungi Kami | Rakan Pintar
   
Laman Utama 
 
Portal Bizcom | Latar Belakang | Rangkaian BBSC | Rasional & Wawasan | Faedah Keahlian | Galeri Bizcom
Login
ID Pengguna :
Kata Laluan :
 
 Daftar Ahli
 Lupa Kata Laluan?
Muat Turun
Borang Penyewaan BizBox
Borang Permohonan Sewa Premis MARA
Skim Pembiayaan Usahawan
Borang Permohonan Label Tulen
Borang Maklumat Dan Prestasi Syarikat Jualan Langsung Bagi Tahun 2007

Lihat Semua

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!

Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang  memberi  satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat.  Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha  gigih untuk mendapatkan  semula peluang tersebut.Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan  juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda.  Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh  yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan.  Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

 

Pautan
Yayasan TEKUN Nasional
SME Bank
Majlis Amanah Rakyat

Lihat Semua

Kalendar
  September 2010  
AhIsSeRaKhJuSa
 01020304
05060708091011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
 
Copyright© 2010 Bizcom Interactive Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.
Terma & Syarat | Dasar Privasi