Portal & Aplikasi | Hubungi Kami | Rakan Pintar
   
Laman Utama 
 
Portal Bizcom | Latar Belakang | Rangkaian BBSC | Rasional & Wawasan | Faedah Keahlian | Galeri Bizcom
Login
ID Pengguna :
Kata Laluan :
 
 Daftar Ahli
 Lupa Kata Laluan?
Muat Turun
Borang Penyewaan BizBox
Borang Permohonan Sewa Premis MARA
Skim Pembiayaan Usahawan
Borang Permohonan Label Tulen
Borang Maklumat Dan Prestasi Syarikat Jualan Langsung Bagi Tahun 2007

Lihat Semua

10 KESILAPAN UTAMA DALAM PERNIAGAAN KECIL

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini:

 1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.  

 

2. Tiada Pelan PemasaranPelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

 

3. Tidak mengenali pelanggan andaPerubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

 

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

 

5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!

 

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realitiUsahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

 

7. Tiada pelan penjualan.Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan. 

 

8. PenyendiriAnda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

 

9. Tiada  'Mastermind'Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

 

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

 

Pautan
Yayasan TEKUN Nasional
SME Bank
Majlis Amanah Rakyat

Lihat Semua

Kalendar
  September 2010  
AhIsSeRaKhJuSa
 01020304
05060708091011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
 
Copyright© 2010 Bizcom Interactive Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.
Terma & Syarat | Dasar Privasi