Portal & Aplikasi | Hubungi Kami | Rakan Pintar
   
Laman Utama 
 
Portal Bizcom | Latar Belakang | Rangkaian BBSC | Rasional & Wawasan | Faedah Keahlian | Galeri Bizcom
Login
ID Pengguna :
Kata Laluan :
 
 Daftar Ahli
 Lupa Kata Laluan?
Muat Turun
Borang Penyewaan BizBox
Borang Permohonan Sewa Premis MARA
Skim Pembiayaan Usahawan
Borang Permohonan Label Tulen
Borang Maklumat Dan Prestasi Syarikat Jualan Langsung Bagi Tahun 2007

Lihat Semua

1. MARA cepat lulus permohonan

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan meluluskan permohonan pinjaman sehingga RM500,000 untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam tempoh dua minggu sekiranya pemohon memenuhi semua syarat yang diperlukan.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan itu dibuat sebagai tindakan positif dan semangat baru organisasi itu untuk meluluskan permohonan pinjaman secepat mungkin.

Menurutnya, dalam mesyuarat yang diadakan pagi ini, pihaknya membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman dalam tempoh tersebut melainkan maklumat mengenai pemohon tidak lengkap dan mengelirukan.

''Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk tempoh 2006 hingga 2008, Mara telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM1.191 bilion untuk 26,473 pemohon berbanding RM1.935 bilion untuk tempoh 40 tahun sebelum ini.

''Ini membuktikan Mara kini lebih efisien, cepat, berkemampuan serta bersikap proaktif untuk membantu usahawan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Pusat Penyelesaian Perniagaan (BSC) di Medan Mara di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, Sabtu lalu yang kecewa terhadap pihak Mara yang lambat menyalurkan pinjaman.

Noh turut menyatakan beliau tidak faham mengapa masih ramai pemohon mengadu tentang kelambatan kelulusan pinjaman di ibu pejabat Mara sedangkan pihaknya telah menurunkan kuasa kepada Pegawai Mara Daerah (PMD) meluluskan pinjaman di bawah RM20,000.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berharap Mara akan terus menggunakan pendekatan baru sehingga sasaran untuk menubuhkan 111 BSC dapat dicapai dalam tempoh RMK-9.

Katanya, pembangunan BSC berteraskan kepada konsep tiga C iaitu capaian (connectivity), komunikasi (communication) dan pengisian (content)..

Kesemua ini jelasnya, akan membantu meningkatkan kecekapan pengurusan, menjimatkan kos operasi serta menambah produktiviti perniagaan.

''Sejak dilancarkan pada 2007 sehingga hari ini BSC mempunyai hampir 5,000 ahli berdaftar dan diharap komuniti usahawan dapat memanfaatkan pusat ini sebaik mungkin,'' katanya..

Sementara itu, beliau memberitahu dalam tempoh dua tahun lalu hanya 10 peratus daripada peminjam menghadapi tunggakan dalam pembayaran balik.

Menurut Idris, sesetengahnya melunaskan pinjaman setelah dilakukan penjadualan semula sistem pembayaran balik..

[baca]
14/10/2008 11:07 AM
2. Peluang Pinjaman Harus Lebih Cerah

KUALA LUMPUR 12/10/08:

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, menyelar sikap Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disifatkannya terlalu lambat dan mengamalkan budaya kerja 20 tahun lalu kerana mengambil masa berbulan-bulan untuk meluluskan pinjaman.

Katanya, budaya kerja perlahan bukan saja menjejaskan perniagaan pengusaha Bumiputera, tetapi turut memberi imej buruk kepada kerajaan apabila rakyat marah dan menganggap kerajaan gagal mengotakan apa yang dikata, sedangkan ia diuruskan agensi di bawah satu-satu kementerian.

"Saya masih menerima aduan dan rungutan mengenai sistem pembiayaan, terutama pinjaman yang perlu diluluskan ibu pejabat Mara.

"Di peringkat daerah tiada masalah kerana pegawai Mara diberi kuasa membuat keputusan serta merta sama ada melulus atau menolak pinjaman berjumlah kurang RM20,000.

 

"Yang menjadi masalah ialah pengurusan di ibu pejabat Mara. Saya tidak faham mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan.

"Kalau tidak cukup duit untuk beri pinjaman, maklumkan kepada kita. Kita akan kaji balik untuk mengurangkan jenis pinjaman.

"Saya maklum Mara menawarkan banyak jenis pinjaman tetapi tidak berguna jika ia (pinjaman) tidak boleh diberi.

"Jika janji satu bulan, mesti buat keputusan dalam tempoh itu sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya. Kalau lulus, kena beritahu segera.

"Saya sendiri mempunyai dua tiga kes permohonan yang mendapat sokongan saya serta kaki tangan kanan kementerian, tetapi selepas empat bulan masih tiada jawapan.

"Jika permohonan yang disokong menteri pun tidak dapat diluluskan, apatah lagi permohonan orang lain," katanya pada sambutan Aidilfitri Furniture Industry Technology Centre Sdn Bhd (FITEC), di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan melihat cara kerja jawatankuasa Mara yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman, termasuk kekerapan mereka mengadakan mesyuarat dan individu yang diberi kuasa ke atas perkara berkenaan.

Malah, kelewatan itu juga menjadi antara sebab ramai pengusaha Bumiputera mengambil keputusan membuat pinjaman dengan along yang disifatkan lebih mudah, sedangkan mereka layak memohon pinjaman kurang daripada RM20,000 tanpa memerlukan penjamin atau cagaran.

Beliau juga menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pegawai Mara yang gagal menjalankan tugas sehingga menyebabkan mana-mana bangunan Mara terbiar dan dalam keadaan 'hidup segan, mati tidak mahu'.

"Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh, malah dibawa ke Kabinet, tetapi masih tiada perubahan. Ini sangat mengecewakan kerana Mara adalah imej kementerian.

"Jika Mara gagal, bermakna kementerian juga gagal, sedangkan kita berusaha bersungguh-sungguh membantu pengusaha," katanya.

Meskipun dalam serba kepayahan, Malaysia mampu menjadi pengeksport perabot kesembilan terbesar di dunia dengan nilai melebihi RM7 bilion dan RM2 bilion bagi pasaran tempatan pada 2007. Kementerian mensasarkan untuk mencapai nilai eksport kepada RM10 bilion pada 2010.

Untuk mencapai sasaran berkenaan, pengusaha perabot tempatan perlu berusaha bersungguh-sungguh, apatah lagi dengan kemasukan perabot dari China yang bukan saja cantik dn menyamai rekaan luar negara yang terkenal, tetapi jauh lebih murah.

[baca]
12/10/2008 04:59 PM
3. Geran RM39.69 juta untuk PKS dilulus
KERAJAAN setakat akhir bulan lalu meluluskan 1,817 permohonan bagi geran berjumlah RM39.69 juta di bawah Geran Permulaan Perniagaan yang dikhususkan untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan PKS, kementeriannya menerusi Smidec telah meningkatkan jumlah maksimum geran berkenaan kepada RM100,000 daripada hanya RM40,000 untuk setiap permohonan, berkuat kuasa awal bulan ini.

Selain Geran Permulaan Perniagaan itu, beliau berkata, Smidec juga menyediakan geran latihan meliputi 80 peratus daripada yuran kursus bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja PKS di bawah Skim Peningkatan Kemahiran.
“Setakat 31 Mei lalu, 23,579 pekerja syarikat PKS menjalani latihan di bawah program ini membabitkan peruntukan RM22.72 juta,” katanya selepas Majlis Graduasi Pusat teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) ke-12 di Kuala Lumpur, semalam. [baca]
26/06/2008 03:02 PM
4. Pinjaman Mikro Bagi Warga Kota
AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) melancarkan Program Kewangan Mikro Bandar dengan dana awal RM100 juta bagi membantu golongan miskin di kawasan bandar memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Program yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dan mempunyai aset tidak melebihi RM50,000 itu, menawarkan pembiayaan awal RM3,000 bagi peminjam kali pertama.

Caj pembiayaan adalah satu peratus sebulan dengan bayaran balik dibuat secara mingguan.
Peminjam tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin, tetapi mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan, iaitu telah mendiami kediamannya sekarang melebihi dua tahun, bersetuju membentuk kumpulan lima ahli di kalangan peminjam dan menubuhkan pusat kumpulan peminjam serta menjalani latihan selama lima hari selama sejam sehari.

Syarat lain ialah peminjam mesti menghadiri mesyuarat pusat setiap minggu dan menyumbang satu peratus daripada jumlah pembiayaan kepada tabung kumpulan peminjam yang mereka tubuhkan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam ucapannya ketika merasmikan program itu semalam, berkata dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi program itu adalah sebagai tambahan kepada modal pusingan sedia ada berjumlah RM460 juta yang disalurkan kepada AIM.
“Dijangkakan semua RM100 juta itu akan disalurkan kepada peminjam yang layak menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Perumahan Rakyat Sri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur itu ialah Pengerusi AIM, Datuk Amihamzah Ahmad dan Pengarah Urusan AIM, Zabidah Ismail.

Nor Mohamed berkata, program pinjaman mikro itu dilancarkan kerana kerajaan memahami kesukaran golongan berpendapatan rendah mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak mempunyai masalah dalam penyediaan skim pinjaman itu kerana mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi tujuan berkenaan.
“Ciri-ciri skim itu sendiri yang mempunyai kadar pembayaran balik yang tinggi juga membolehkan AIM mempunyai modal pusingan mencukupi untuk dipinjamkan kepada peminjam baru atau menambahkan pinjaman kepada peminjam sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Amihamzah berkata, AIM merancang membuka tujuh cawangan bagi penyaluran pinjaman kredit mikro di Lembah Klang tahun ini.

Bagi tahun depan pula, beliau berkata, AIM akan membuka tujuh lagi cawangan meliputi bandar raya Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

“Kami berharap Program Kewangan Kredit Mikro AIM yang kini diperluaskan di kawasan bandar akan mencatatkan kejayaan sama seperti di luar bandar sejak dimulakan 21 tahun lalu,” katanya.

Amihamzah berkata, AIM kini telah mencapai matlamat mengurangkan kemiskinan di luar bandar menerusi pendekatan Skim Kewangan Mikro Ikhtiar yang dimulakan 21 tahun lalu.

Beliau berkata, sehingga April 2008, AIM menjangkau kira-kira 190,000 isi rumah miskin seluruh negara meliputi 3745 kampung.

“Jumlah pembiayaan terkumpul pula adalah sebanyak RM2.5 bilion dengan kadar pembayaran balik melebihi 98 peratus dengan 13 daripada 69 cawangan mencapai kadar bayaran balik 100 peratus,” katanya.
 

 

[baca]
26/06/2008 01:00 PM
5. IKS Akan Dapat Lebih Banyak Insetif

Lebih banyak insentif dalam bentuk pakej rangsangan daripada kerajaan menanti Industri kecil dan sederhana (IKS) dalam masa seminggu dua ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan, sedang mengkaji insentif-insentif fiskal dan bukan fiskal seperti pengurangan tarif atau pengurangan duti bagi barangan import.

 "Saya pun masih menunggu insentif berkenaan. Diharapkan dalam masa seminggu ini, apabila diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pengumuman tambahan akan dibuat dan IKS akan mendapat "durian runtuh" berupa pakej-pakej yang boleh mendorong mereka berkembang," katanya dalam temu bual dalam Rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV, semalam.

Beliau berkata harapan kerajaan ialah untuk melihat ekonomi bergerak dan masih ada prospek walaupun harga minyak naik.

Beliau berkata selain RM800 juta yang telah diluluskan untuk IKS baru-baru ini, kementerian itu juga telah memohon lebih banyak peruntukan bagi memberi pinjaman kepada IKS dalam semua sektor.

Mengenai cabaran di kementerian itu, Muhyiddin berkata antara saranan beliau ialah melihat Malaysia menjadi pusat perdagangan dunia atau serantau, bukan setakat untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh kilang di Malaysia tetapi memperdagangkan produk dari luar negara dengan negara ketiga.

Ini sudah berlaku di Singapura, Hong Kong dan negara-negara lain yang kecil tetapi mempunyai nilai dagangan yang besar, katanya.

Beliau berkata cabaran yang dihadapi bukan setakat mengekalkan tahap kemajuan yang telah dicapai dalam bidang perdagangan, tetapi menjadikan Malaysia lebih hebat lagi.

 

- Bernama

 

[baca]
11/06/2008 10:45 AM
6. Pasaran Saham Asia Merudum

TOKYO 9 Jun – Pasaran saham di kebanyakan negara di Asia hari ini merudum berikutan kenaikan mendadak harga minyak serta kebimbangan peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat (AS), yang turut menyebabkan pasaran saham Wall Street jatuh.

 

 Pasaran saham di Jepun jatuh dua peratus setelah Wall Street mengalami kejatuhan sebanyak tiga peratus pada Jumaat lepas berikutan harga minyak global melambung kepada AS$139 (RM450) setong, satu rekod baru dengan mencatat kenaikan sebanyak AS$11 dalam masa sehari.

 

 Pasaran saham Taiwan, Singapura dan Korea Selatan turut mengalami kejatuhan sebanyak dua peratus.

Kadar pengangguran di AS telah meningkat sebanyak 5.5 peratus pada bulan Mei lalu.

 

 “Pasaran saham di Asia dijangka berdepan dengan situasi kritikal untuk beberapa minggu akan datang,” kata Andy Xie, pakar ekonomi bebas yang pernah berkhidmat dengan Stanley Morgan. – AFP [baca]
09/06/2008 03:56 PM
7. Usahawan Muda GiatMARA Mampu Ke Papan BSKL

Para usahawan muda kelahiran Pusat GiatMARA Malaysia mampu tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jika berjaya menembusi pasaran antarabangsa, kata Pengerusinya, Datuk Muhammad Musiyudin Abdullah.

Katanya kursus dan latihan yang diberikan pusat itu telah melahirkan usahawan bertaraf antarabangsa dengan kemahiran yang diperolehi seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Walau pun pelatih pusat itu tidak mempunyai pelajaran yang tinggi namun dengan minat serta kesungguhan, katanya mereka mampu membuka cawangan perniagaan di serata pelusuk dunia.

"Ada antara mereka membuka cawangan restoran di negara-negara Arab dan mengeksport barang berasaskan kimpalan logam ke luar negara, jadi tidak mustahilah mereka akan tersenarai di BSKL nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kelab Usahawan GiatMARA negeri Kedah di sini malam tadi.

Antara kejayaan lain pusat itu, menurutnya, ialah berjaya muncul sebagai Institusi Terbaik Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2007 kerana memenangi jumlah pingat yang terbanyak dan seterusnya meraih anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.

Muhammad Musiyudin berkata pusat itu turut menubuhkan Kelab Usahawan GiatMARA bagi melahirkan masyarakat perdagangan Melayu pada Disember tahun lepas dan menyasarkan 11,000 bekas pelajar untuk menjadi ahli kelab sehingga hujung tahun ini.

Ini bertujuan memudahkan mereka mendapat pinjaman dan kemudahan lain yang disediakan, katanya.

"Yang penting kami dapat melahirkan pelatih yang mendapat tempat (kerja dan peluang perniagaan) dalam pelbagai industri masa kini serta mengurangkan pengangguran di kalangan belia, kata Muhammad Musiyudin.

Bagi remaja yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi mempunyai minat dalam bidang tertentu, menurutnya, pusat itu sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk memberi pelbagai kemahiran yang selaras dengan permintaan pasaran kerja.


--BERNAMA
[baca]
09/06/2008 09:31 AM
8. Tidak Ada Sebab Untuk Naikkan Tambang Pengangkutan Awam
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata tidak ada sebab yang kukuh bagi pengusaha pengangkutan awam untuk menaikkan tambang ekoran kenaikan harga minyak dan diesel mulai Khamis kerana mereka memiliki "kad fleet" yang membolehkan mereka mendapatkan bekalan pada harga lama.

"Kenaikan harga minyak tidak melibatkan kenaikan harga minyak kepada pemegang-pemegang fleet card iaitu pengangkutan awam oleh kerana harga minyak (diesel) yang ditentukan kepada pengangkutan awam kekal pada RM1.43 (seliter). Tidak ada sebab tambang perlu dinaikkan untuk pengangkutan awam," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kenaikan harga diesel yang menjadi bahan api pengangkutan awam akan menyebabkan kenaikan tambang.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter dan diesel naik RM1 kepada RM2.58 berkuatkuasa hari ini.

Noh berkata kenaikan harga minyak tidak melibatkan pengangkutan awam yang menggunakan kad fleet kerana diesel untuk kegunaan mereka ditetapkan pada RM1.43 sen seliter manakala kebanyakan teksi menggunakan NGV yang harganya dikekalkan.

Bagaimanapun, Noh berkata kementerian sedang mengkaji sama ada tambang sekarang sesuai atau tidak.

Katanya kajian itu juga melibatkan kemudahan lain kepada pengusaha pengangkutan awam seperti pembayaran tol untuk bas dan teksi, cukai jalan dan cukai eksais.

Ditanya mengenai pemandu teksi yang tidak mempunyai fleet card, Noh berkata mereka boleh memohon mendapatkannya dari stesen minyak.

-- BERNAMA
[baca]
06/06/2008 10:27 AM
9. Syarat Bayar Pinjaman Dilonggarkan

PUNB benar usahawan buat pelarasan bagi kurangkan beban kenaikan kos operasirnrnPERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan memberikan kelonggaran kepada peminjamnya membuat pelarasan dalam pembayaran balik pinjaman mereka bagi mengurangkan beban kenaikan kos operasi perniagaan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen seliter dan RM1 seliter dan struktur baru tarif elektrik bulan depan dijangka menjejaskan margin keuntungan perniagaan. rnJusteru, katanya, PUNB akan memberikan kelonggaran kepada peminjam untuk membuat pelarasan dalam pembayaran balik pinjaman untuk memastikan mereka mampu membayar balik semua pinjaman yang diberikan.

“Sebagai agensi keusahawanan, apa yang membimbangkan kami ialah kegagalan usahawan membayar balik pinjaman mereka kerana margin keuntungan peniaga akan terjejas berikutan kenaikan harga petrol dan diesel itu,” katanya. rnrnBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Sesi pertama bertajuk ‘Cabaran bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Abad ke-21’ pada Konvensyen PKS Asia Timur di Kuala Lumpur, semalam. rnKonvensyen itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan. rnrnMohd Nasir berkata, secara keseluruhan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pinjaman yang disalurkan PUNB ketika ini ialah sebanyak 20 peratus. rnrn“Bagaimanapun, kadar NPL bagi perniagaan pemborongan kurang daripada lima peratus,” katanya. rnrnBeliau menegaskan, berikutan kenaikan harga petrol dan diesel, komuniti usahawan perlu mencari penyelesaian yang kreatif bagi memastikan mereka terus berdaya saing dalam pasaran. rn

[baca]
06/06/2008 09:43 AM
10. IKS: RM4.5b disediakan tahun ini

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM4.5 bilion kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada tahun ini melalui 198 program pembangunan.

 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah ini akan membabitkan peruntukan bagi pakej terbaru IKS bagi membangunkan perniagaan dan meningkatkan nilai tambah produk serta perkhidmatan IKS pada masa depan.

''Pakej terbaru ini juga akan memfokuskan kepada pemasaran dan promosi, akses pasaran dan kewangan serta latihan,'' katanya.

 

Menurut beliau, berbanding tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan sumber kewangan kepada IKS sebanyak RM3.7 bilion yang mana programnya menumpukan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran, pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi serta pemasaran dan promosi.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak RM607 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui 36 program pembangunan perniagaan.

 

Selain itu, Muhyiddin menjelaskan bahawa, kerajaan juga telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk tiga skim geran IKS berkuatkuasa 1 Jun lalu.

 

Kata beliau, peruntukan itu melibatkan geran padanan untuk memulakan perniagaan dinaikkan kepada RM100,000 berbanding RM40,000 sebelum ini, geran padanan bagi peningkatan pemprosesan dan produk serta pembelian mesin dan peralatan naik kepada RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.

 

Selain itu, geran naik taraf pula ditingkatkan sebanyak 80 peratus daripada 50 peratus sebelum ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, para peminjam dan penerima geran IKS kini dikehendaki menghadiri latihan dalam pengurusan kewangan berkuatkuasa 1 Jun ini.

 

Jelasnya, melalui pendekatan tersebut, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif dari kalangan syarikat IKS perlu menghadiri latihan berkenaan sebelum geran atau pinjaman tersebut diagihkan kepada mereka.

 

Mengenai peningkatan sistem penyampaian yang telah ditingkatkan pula, Muhyiddin berkata, Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) telah memulakan pengagihan geran kepada IKS melalui pindahan dana secara elektronik sejak bulan Mac tahun lalu.

 

''Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 1,777 pembayaran telah dilaksanakan melalui kaedah berkenaan dengan dana bernilai RM115.1 juta,'' ujarnya lagi. [baca]
05/06/2008 12:23 PM
1   |   2   |   3   |   4      »      
Pautan
Yayasan TEKUN Nasional
SME Bank
Majlis Amanah Rakyat

Lihat Semua

Kalendar
  September 2010  
AhIsSeRaKhJuSa
 01020304
05060708091011
12131415161718
19202122232425
2627282930 
 
Copyright© 2010 Bizcom Interactive Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.
Terma & Syarat | Dasar Privasi