|
|
| 1. Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan |
| By Datuk Mohamed Khaled Nordin Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain. [baca] |
| 09/05/2008 12:58 PM |
| 2. Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu! |
Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.
1. Baru Bermula Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah : · Anda ingin menjadi seorang majikan · Anda inginkan kebebesan kewangan · Anda inginkan kebebasan kreativiti · Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda : · Apa yang saya buat di masa lapang? · Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi? · Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya? · Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ? · Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya? · Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini: · Apakah jenis perniagaan yang saya minati? · Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan? · Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan? · Siapakah persaing saya? · Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada? · Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi? · Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini: · Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini? · Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang? · Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan? · Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan? · Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan? · Apakah imbuhan untuk diri saya? · Apakah sumber yang saya perlukan? · Di manakah premis perniagaan saya? · Apakah nama perniagaan saya?Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang. [baca] |
| 09/05/2008 12:56 PM |
| 3. 10 KESILAPAN UTAMA DALAM PERNIAGAAN KECIL |
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini: 1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda. 2. Tiada Pelan PemasaranPelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan. 3. Tidak mengenali pelanggan andaPerubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut. 4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut. 5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera! 6. Keliru tentang kemungkinan dengan realitiUsahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti. 7. Tiada pelan penjualan.Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan. 8. PenyendiriAnda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada 'Mastermind'Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita. [baca] |
| 09/05/2008 10:50 AM |
| 4. Automotif : Hanya 2% pengusaha bumiputera |
Walaupun industri hiliran automotif di Johor dianggarkan bernilai RM3 bilion setahun, penglibatan pengusaha bumiputera dalam sektor itu adalah amat kecil, demikian menurut kajian Persatuan Pengusaha Automotif Bumiputera Negeri Johor (Protif). ‘‘Industri automotif amat berdaya maju dan berpotensi untuk mewujudkan usahawan-usahawan bumiputera. ‘‘Kami berharap kerajaan dan agensinya dapat melakukan sesuatu untuk meningkatkan pegangan pasaran pengusaha automotif bumiputera dalam industri tersebut di Johor,’’ katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini. Kajian yang dijalankan oleh Protif pada tahun lepas itu, katanya, menunjukkan potensi dan peluang yang amat besar kepada pengusaha sedia ada dan bakal pengusaha bumiputera di Johor untuk melibatkan diri dalam industri automotif. Menurut Mustakim, berdasarkan kepada kajian Protif pada tahun lepas mengenai perbelanjaan kereta setahun di Johor, pengguna kenderaan di negeri ini membelanjakan kira-kira RM3.1 bilion untuk empat perkara.Walaupun industri automotif di Johor telah bermula sejak tahun 1960-an dan negeri ini diakui sebagai tapak permulaan industri automotif negara, ia dikuasai oleh usahawan bukan bumiputera dan pelabur asing, katanya.Melalui kajian itu, katanya, persatuan mendapati usahawan automotif bumiputera di Johor ketinggalan agak jauh berbanding rakan-rakan bukan bumiputera mereka terutamanya di dalam soal penjualan. Mustakim berkata, Protif mendapati usahawan bumiputera hanya mampu mencapai penjualan sekitar RM15,000 sebulan berbanding rakan bukan bumiputera yang mana penjualan sebulan mereka mencapai antara RM100,000 hingga RM200,000 sebulan. ‘‘Mereka perlu meningkatkan penjualan bagi memastikan perniagaan usahawan automotif bumiputera bukan sahaja stabil untuk jangka masa pendek dan sederhana tetapi juga berkembang pada jangka masa panjang,’’ katanya.Untuk menggalakkan usahawan bumiputera menceburi bidang ini, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terutamanya Majlis Amanah Rakyat (Mara) boleh membantu dengan mewujudkan program-program keusahawanan automotif, katanya.Salah satu program yang berjaya mengasah bakat usahawan Bumiputera di dalam industri automotif adalah menerusi program yang dinamakan Putek atau Program Usahawan Teknologi kelolaan Mara, kata Mustakim.Di bawah program tersebut, setiap usahawan yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan antara RM30,000 hingga RM250,000 serta modal pusingan bagi membantu mereka memulakan perniagaan [baca] |
| 09/05/2008 10:47 AM |
| 5. Benarkah Masalah Disiplin? |
Benarkah disiplin menjadi punca kegagalan sebahagian bisnes dan juga usahawan. Kiti baca apa kata Ketua Pengarah Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nazri Ahmad:
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyatakan, sebanyak 65 peratus daripada usahawan bumiputera yang gagal dalam perniagaan dirosakkan oleh disiplin dan integriti yang lemah manakala 35 peratus lagi kerana masalah perniagaan yang diceburi.Ketua Pengarah Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nazri Ahmad berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Posper) itu, sebahagian besar usahawan bumiputera didapati gagal membentuk disiplin dan integriti yang baik menyebabkan perniagaan yang dijalankan terpaksa gulung tikar. Katanya, ada juga perniagaan yang gagal disebabkan tempat yang kurang strategik di samping masalah produk yang tidak mendapat sambutan. “Dalam masa lima tahun iaitu dari 2000 hingga 2005, sebanyak 13 peratus daripada usahawan kita gagal dalam perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas skim Prosper Siswazah di sini semalam. Sehingga tahun lepas sebanyak 107 daripada 1,040 usahawan bumiputera yang dilahirkan daripada skim yang diperkenalkan sejak tahun 2000 didapati gagal dalam perniagaan mereka. Untuk tahun lepas sahaja PUNB meluluskan 257 permohonan pinjaman skim itu dan untuk tahun ini, perbadanan itu menyasarkan kelulusan sebanyak 280 permohonan. Skim Prosper diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan usahawan dalam sektor peruncitan dengan menawarkan pakej keusahawanan merangkumi pembiayaan perniagaan, pengurusan perakaunan, kemahiran keusahawanan dan khidmat kenal pasti premis perniagaan. Justeru itu, beliau menasihatkan usahawan bumiputera supaya cepat belajar, berdaya kreatif dan mempunyai pengetahuan serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Sementara itu, menyentuh mengenai skim Prosper Siswazah, Mohd. Nazri berharap siswazah yang masih mengangggur dan berminat dalam bidang perniagaan tetapi kekurangan modal supaya tampil ke hadapan. “Kita mahu graduan bumiputera mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai punca pendapatan mereka selain makan gaji. “Tidak semestinya dia mesti ada kedai, kalau dia mahu menjalankan perniagaan jualan langsung pun kita boleh tolong,” katanya. Beliau berkata, skim Prosper Siswazah merupakan sebahagian daripada skim Prosper iaitu siswazah yang berjaya dalam skim permulaan ini akan diberi peluang menyertai skim Prosper yang menyediakan pinjaman sehingga RM1 juta. [baca] |
| 17/03/2008 02:33 PM |
| 6. Mengapa Usahawan GAGAL? |
Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut:
· Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.
· Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
· Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.
· Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.
· Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.
· Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.
· Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
· Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
· Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
· Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan. Majalah Mingguan Wanita misalnya, mempunyai segmen Bina Niaga yang membicarakan kejayaan usahawan tempatan. Usahawan juga boleh membaca majalah Dewan Ekonomi dan melawat laman web seperti www.usahawan.com.
· Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
· Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.
· Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.
· Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
· Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.
· Rakan kongsi berpecah. Perniagaan yang berpotensi juga boleh gagal akibat rakan kongsi yang tidak sehaluan.
· Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik [baca] |
| 17/03/2008 12:45 PM |
| 7. Realiti Ekonomi Umat Islam |
Oleh : Mazilan Musa ( Fellow IKIM )Kelemahan pencapaian ekonomi merupakan suatu masalah yang sering dikaitkan dengan umat Islam, di dunia umumnya mahu pun di Malaysia khususnya. Bagaimanakah umat Islam boleh begitu terbelakang pencapaian ekonomi mereka sehinggakan Islam dan kemiskinan itu menjadi sinonim? Di dalam artikel ini penulis cuba menghuraikan permasalahan ini secara objektif. Senario ekonomi umat Islam Di Malaysia, perangkaan menunjukkan bahawa setakat ini umat Islam yang mewakili lebih kurang 60 peratus penduduk negara ini hanya menguasai lebih kurang 20 peratus sahaja daripada ekonomi. Walaupun ini menunjukkan satu peningkatan di mana kita hanya menguasai lebih kurang 5 peratus sahaja ekonomi negara pada tahun 1970, penguasaan kita masih rendah berbanding kaum Cina yang menguasai 60 peratus daripada ekonomi. Oleh itu, umat Islam di Malaysia masih belum boleh berpuas hati dan berbangga sepenuhnya dengan pencapaian ekonomi mereka setakat ini. Umat Islam di negara ini perlu sentiasa diingatkan tentang kedudukan ekonomi mereka yang masih terbelakang.Dalam konteks ekonomi dunia pula, kebanyakan negara Islam jatuh ke dalam kategori negara kurang membangun. Walau pun negara Islam menghasilkan 44.5 peratus daripada pengeluaran minyak mentah dunia (1989 – 1995), secara keseluruhannya pencapaian ekonomi negara-negara Islam masih rendah. Sebagai contoh, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Islam hanya 4.7 peratus daripada KDNK dunia. Pada tahun 1996, ekspot negara Islam hanya mewakili 7.7 peratus daripada ekspot dunia (USD 396 billion / USD 5,141 billion). Begitu juga dengan impot negara Islam yang hanya 7.43 peratus daripada impot dunia ( USD 395.318 billion / USD 5,313.50 billion). Kadar kemiskinan di Malaysia
Secara umumnya kadar kemiskinan di negara ini adalah rendah dan semakin menurun (lihat Jadual 1).Jadual 1: Kadar Kemiskinan Di Malaysia | | Jumlah | Bandar | L/bandar | Jumlah | Bandar | L/bandar | | Kadar kemiskinan | 6.1% | 2.1% | 10.9% | 5.5% | 1.9% | 10.0% | | Bil. isi rumah termiskin | 294.4K | 55.4K | 239.0K | 276.0K | 53.2K | 222.8K |
(Sumber: Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh). Jadual 1 menunjukkan bahawa kadar kemiskinan adalah lebih tinggi (2 angka) di kalangan penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita ketahui, penduduk luar bandar ini majoritinya ialah orang Melayu yang beragama Islam. Begitu juga jika statistik kadar kemiskinan ini dilihat mengikut negeri. Masih terdapat beberapa buah negeri di Malaysia ini yang mana kadar kemiskinan penduduknya masih tinggi (lihat Jadual 2). Jadual 2: Kadar Kemiskinan Negeri Pilihan (1997).
| | Negeri | Kadar Kemiskinan | | 1 | Kelantan | 19.2% | | 2 | Terengganu | 17.3% | | 3 | Sabah | 16.5% | | 4 | Kedah | 11.5% | | 5 | Perlis | 10.7% |
Bagi negeri-negeri ini, majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Umat Islam tidak bersatu dan tidak saling menyokong di antara satu sama lain. Ini adalah di antara punca kegagalan kebanyakan usaha niaga milik pengusaha Islam. Kita tidak menyokong bangsa sendiri dan yang paling malang sekali ialah kita iri hati dengan kejayaan mereka. Kita lazimnya sangat sensitif dengan kurang layanan oleh peniaga bangsa sendiri. Dalam masa yang sama rela pula ditipu dan ditengking oleh peniaga lain. Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara Islam mesti sepakat dalam membangunkan kegiatan ekonomi sesama mereka sekali gus meningkatkan ekonomi umat Islam. Buat masa ini, kebanyakan negara Islam kaya melaburkan dana mereka di barat. Terdapat banyak negara Islam yang masih mundur. Menarik minat pelabur negara maju ke negara seperti ini adalah sukar memandangkan kemudahan infrastruktur (pendidikan, pengangkutan, sistem kewangan, dsb.) yang amat terhad. Oleh itu, negara-negara Islam kaya mungkin boleh membantu dalam membiayai pembangunan infrastruktur tersebut. Dengan cara ini negara-negara Islam miskin tersebut lebih bersedia untuk menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur negara maju. Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu meningkatkan taraf ekonomi mereka agar menjadi suatu umat yang disegani dan didengar pandangan mereka. Pembangunan ekonomi ummah perlu bermula dengan peningkatan taraf ekonomi individu. Sekiranya ini dilakukan, maka secara kolektif, ekonomi umat Islam akan maju. Insya Allah. [baca] |
| 17/03/2008 12:21 PM |
| 8. Usahawan Bumiputera Digesa Wujudkan Rangkaian Ekonomi |
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan membantu usahawan bumiputera melengkapkan diri menghadapi cabaran globalisasi, dengan menggerakkan projeknya mempromosi penggunaan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) di kalangan usahawan bumiputera, terutamanya yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Presidennya Datuk Seri Abdul Rahman Maidin berkata, Dewan akan menyediakan pakej-pakej khas untuk setiap negeri dan akan menggunakan tenaga-tenaga pengajar dari pusat pengajian tinggi untuk membantu usahawan bumiputera merangka pengurusan ICT mereka. Berucap pada penutup Seminar Kebangsaan Globalisasi dan Usahawan Bumiputera di sini semalam, Abdul Rahman berkata usahawan-usahawan bumiputera patut mewujudkan satu rangkaian ekonomi untuk memantapkan peranan mereka dalam era globalisasi dan liberalisasi ekonomi. Katanya, bahawa rangkaian yang hendak diwujudkan itu perlulah mempunyai jati diri tersendiri, dan DPMM akan berusaha ke arah mempelopori kewujudan rangkaian berkenaan.
"Dewan berharap semua ahli dapat memberi sokongan penuh untuk mewujudkan rangkaian ekonomi bumiputera ini yang mana dapat membantu usahawan bumiputera mencari jalan bagaimana hendak memanfaatkan globalisasi dan liberalisasi ekonomi,'' kata beliau. Terdahulu, satu sesi diskusi bertajuk `Cabaran dan Peluang Globalisasi kepada Usahawan Bumiputera' telah diadakan. Salah seorang daripada anggota panel iaitu Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob berkata terdapat banyak peluang keemasan dalam era globalisasi ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera. Kata beliau satu daripadanya adalah menguasai pasaran produk halal yang mana usahawan Malaysia mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan barangan halal ini. ``Usahawan bumiputera boleh mengambil kesempatan penuh atas kelebihan yang ada untuk menghasilkan barangan makanan, barangan kosmetik dan kelengkapan dandanan diri seperti sabun dan syampu yang halal,'' kata beliau. Sementara itu seorang lagi ahli panel iaitu Naib Presiden dan Pengurus Negara Motorola Malaysia Sdn. Bhd. Datuk Ramli Abbas berkata adalah penting untuk mempromosikan jenama tempatan dalam bersaing di peringkat global. [baca] |
| 17/03/2008 12:18 PM |
| 9. Usahawan Bumiputera Digalakkan Ceburi 13 Bidang Kritikal |
Usahawan bumiputera digalakkan menceburi 13 bidang kritikal dan strategik kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada negara dan usahawan itu sendiri. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, bidang kritikal itu adalah sektor bioteknologi dan herba, makanan halal, pertanian moden, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi, petrokimia, elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan profesional, serta sektor aeroangkasa.
"Industri halal umpamanya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$0.5 trilion sehingga AS$2.5 trilion setahun dan ini merupakan peluang keemasan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pasir Mas 2006 di sini, hari ini.
Sementara itu, Khamsiyah berkata kementerian tidak mahu koperasi menjalankan kegiatan seperti kaedah konvensional iaitu semata-mata mahu memberikan tumpuan pada kebajikan ahli semata-mata. "Kita nak koperasi lebih mantap lagi iaitu ke arah keusahawanan dan bergerak bersama secara mantap dengan menggunakan modal ahli yang ada,'' katanya. Khamsiyah juga berkata dengan tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi tidak lama lagi, ia akan menjadikan koperasi yang ada di seluruh negara berdaya saing kerana kementerian menyediakan dua tabung untuk menggerakkan koperasi. [baca] |
| 14/03/2008 02:58 PM |
| 10. Kenapa Ramai Memilih Ebay? |
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda manfaat menjadi ahli eBay.Semua orang tahu bahawa eBay adalah platform dimana seseorang itu boleh membeli atau menjual produk yang mereka inginkan pada harga yang rendah dan menarik.Sewaktu saya menulis artikel ini, lebih daripada USD1,000 transaksi berlaku setiap saat di laman eBay dan setiap saat juga lebih dari 1000 orang melawat laman ini dari seluruh dunia.Cuba anda gambarkan, jika anda mempunyai kedai, kemudian kedai anda dimasuki 1000 orang setiap saat dan 10% dari jumlah itu melakukan pembelian dan berapakah jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi dalam jangka masa 60 saat? Begitulah sibuk dan lumayannya jika anda mengalaminya.Seperti mana mereka yang lain, saya juga turut memilih untuk membeli dan menjual di eBay. Kenapa saya memilih eBay dan kenapa juga orang lain memilih eBay?Jika anda inginkan produk yang berkualiti dengan harga yang menarik, silalah ke eBay. Ebay berbeza dengan laman web lelongan tempatan kerana terlalu banyak barangan tiruan atau barangan tidak berkualiti dijual.Anda boleh lihat, bagaimana handphone buatan dari China, Taiwan menguasi pasaran lelongan tempatan. Begitu juga jam tangan berjenama tiruan. Walau apapun, citarasa terletak kepada individu itu sendiri.Berfikir sejenak, kenapa usahawan internet tempatan ketika dahulu memilih laman eBay sebagai platform mereka menuntut ilmu atau mengasah bakat sebelum mengembangkan sayap ke perniagaan internet lain?Ya, ini kerana dengan memahami proses jual beli dan karenah pelanggan, kesemua ini dapat diterjemah atau dipraktikkan dalam perniagaan sebenar mereka.Akan tetapi ramai juga yang meneruskan hasrat menjadi penjual yang professional di laman eBay. Malah mereka mengaut keuntungan berganda-ganda banyaknya. Tidakkah anda mahu menyertai dan menjadi seperti mereka?
Jika anda rasa ianya perlu sebagai ilmu, apakata anda mendaftar di eBay hari ini dan rasai kehebatan kuasa lelong dunia ini! [baca] |
| 14/03/2008 02:24 PM |
| 1 | 2 » |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
| |
 |
September 2010  |
|
| | 01 | 02 | 03 | 04 | | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | |
|
|
|
|
|